Liverpool semakin dikaitkan dengan bek kiri Bournemouth, Milos Kerkez, untuk menjadi sandaran memandangkan Andy Robertson akan berusia 31 tahun pada Mac depan dan Kostas Tsimikas pula menghampiri 29 tahun.


Kerkez dilahirkan di Serbia tetapi memilih untuk mewakili Hungary semasa remaja dan membarisi skuad senior negara itu bersama Dominik Szoboszlai dalam setiap penampilannya.


Kerjaya pemain berusia 21 tahun ini telah membawanya dari Serbia ke Austria, Hungary dan Itali dalam kerjaya mudanya ke Belanda dan kini Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai pemain profesional sepenuh masa.

Kerkez telah menjaringkan lima gol dan membuat 15 bantuan gol dalam kariernya untuk kelab dan negaranya setakat ini. Sifat agresif yang dipamerkan ketika melakukan serangan dan bertahan membuatkan ramai teruja, selain perlu diperbaiki ketika pertarungan bola di udara.

Dia menyertai Bournemouth pada musim panas lalu dari AZ Alkmaar dengan bayaran yang dilaporkan dalam lingkungan £15 juta (RM85.07 juta).


Laporan di Hungary mendakwa memang ada rundingan berlaku, namun apa yang boleh dia tawarkan buat skuad kendalian Arne Slot itu, yang kini di puncak EPL dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL)?