LIVERPOOL 2 REAL MADRID 0
Alexis Mac Allister dan pemain gantian, Cody Gakpo, menemui sasaran ketika Liverpool meneruskan rekod sempurna dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan menewaskan juara bertahan, Real Madrid, 2-0 di Anfield awal pagi tadi.
Keputusan itu menyaksikan The Reds memperoleh kemenangan pertama ke atas Madrid sejak sembilan percubaan lalu untuk pasukan bimbingan Arne Slot itu menduduki tangga teratas liga 36 pasukan terbaik Eropah berkenaan.
Tuan rumah memulakan saingan dengan meyakinkan dan terlebih dahulu menguji gawang pelawat menerusi percubaan Darwin Nunez, yang diselamatkan penjaga gol, Thibaut Courtois, seawal minit kelima.
Pasukan bimbingan Slot itu memecahkan kebuntuan pada tujuh minit pertama babak kedua hasil gandingan menarik Conor Bradley dengan Mac Allister, yang kemudian melakukan penyudah ke penjuru kiri bawah gawang Madrid.
Madrid sepatutnya menyamakan kedudukan selepas Andrew Robertson menjatuhkan Lucas Vazquez dalam kawasan penalti tetapi sepakan Kylian Mbappe mudah diselamatkan penjaga gol, Caoimhin Kelleher.
Mohamed Salah kemudian turut dijatuhkan Ferland Mendy di kawasan penalti bertentangan tetapi dia juga gagal menyudahkan peluang itu, di mana sepakannya terkena tiang.
Liverpool mengesahkan kemenangan hasil gerakan satu-dua Robertson dan Curtis Jones susulan satu situasi sepakan penjuru sebelum kapten Scotland itu melakukan lambungan yang kemudian ditanduk masuk Gakpo pada minit ke-76 untuk Liverpool memperoleh kemenangan kelima daripada lima perlawanan setakat ini.
Muzaffar Musa
Thu Nov 28 2024
EPL: Amorim berang Manchester United gagal gigit Liverpool
Jurulatih Manchester United, Ruben Amorim, berasa 'sangat marah' selepas pasukannya seri 2-2 berdepan Liverpool awal pagi tadi, dengan mempersoalkan mengapa pasukannya tidak dapat mencapai tahap yang lebih baik dalam perlawanan di Anfield itu.
Final Piala AMEC: Pelbagai kontroversi hiasi kemenangan Vietnam atasi Thailand, peroleh kejayaan padam rekod cemerlang Gajah Perang
Vietnam muncul juara buat kali pertama sejak 2018 selepas menewaskan juara bertahan, Thailand, sekali gus menambah tiga koleksi piala Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 di Stadium Rajamangala, sebentar tadi.
Amat-amat menyedihkan -- penyerang legenda terkilan situasi landa Kedah
Penyerang legenda Kedah, Hasmawi Hassan, mengakui terkilan melihat situasi semasa yang sedang melanda Kedah Darul Aman, yang terus bergelut dengan masalah kewangan.
EPL: Man Utd dalam bahaya, aksi bertemu Liverpool diteruskan
Perlawanan tumpuan Liga Perdana Inggeris (EPL) di antara Liverpool menentang Manchester United tetap diteruskan meskipun cuaca buruk yang masih melanda bandar Merseyside, ketika ini.
Bekas pemain termuda skuad Piala Dunia Australia calon penolong jurulatih Harimau Malaya
Bekas pertahanan Shanghai Shenhua dan Al-Ahli, Mark Daniel Miligan, dikhabarkan menjadi calon pertama bagi jawatan pembantu jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski.
Selepas Chonburi tamatkan kontrak lebih awal, Nakhonpathom destinasi terbaru Fergus Tierney
Nakhonpathom United menjadi destinasi terbaru pemain pinjaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT), Fergus Tierney, bagi mengharungi baki musim Thai League 1.
Arif Aiman kena serbu penyokong Iran
Laman Instagram bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, kini sedang diserbu beramai-ramai oleh peminat bola sepak dari Iran, terutama penyokong Persepolis.
Panjang kecewa musim tamat awal gara-gara ACL
Tonggak pertahanan PDRM FC, Aliff Najmi Shaaini, mengakui terkilan selepas terpaksa lupakan baki saingan Liga Malaysia musim 2024-25 berikutan kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) yang dialaminya pada Oktober lalu.
Buatlah sesuatu untuk kelab anda, jika ingin bantu sila hubungi kami -- Pemilik majoriti KDA
Pemilik saham terbesar Kedah Darul Aman (KDA), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, menjelaskan situasi terkini pasukan itu yang sedang bergelut dengan pelbagai isu khususnya masalah kewangan yang semakin meruncing.
Bintang JDT, Arif Aiman bakal bergabung dengan kelab Iran?
Kelab tiga terbaik Liga Pro Iran, Persepolis, dilaporkan berminat menandatangani Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Super Malaysia musim lalu, Arif Aiman Hanapi.
Inter out to avoid past derby mistakes against Milan
Inzaghi: Inter must avoid mistakes
Ancelotti hopeful Madrid star Vinicius will avoid suspension
Madrid hope Vini avoids suspension
McKenna frustrated as Ipswich pay the penalty at Craven Cottage
McKenna's Ipswich lose another lead
Le Bris hails Sunderland for overcoming physical Pompey test
Le Bris content with Black Cats win
Amorim 'really mad' at inconsistency as Man Utd show promise at Anfield
Amorim mad at Man Utd inconsistency
Slot happy with Liverpool mentality but acknowledges low block issue
Slot pleased with Reds mentality
PSG 1-0 Monaco: Stoppage-time Dembele goal wins record 13th French Super Cup
Report: PSG 1-0 Monaco
Celtic go 13 points clear as Rangers surrender two-goal lead
Celtic go 13 points clear
Milan derby won't strain friendship with Inzaghi, says Conceicao
Conceicao on Inzaghi friendship
Masood leads Pakistan fightback with century on day three in South Africa
Masood leads Pakistan fightback