Jurulatih Manchester United, Ruben Amorim, berasa 'sangat marah' selepas pasukannya sekadar seri 2-2 berdepan Liverpool awal pagi tadi, dengan mempersoalkan mengapa pasukannya tidak dapat mencapai tahap prestasi yang lebih baik dalam perlawanan di Anfield itu.

Amad Diallo menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-80 untuk memacu kebangkitan The Red Devils meraih satu mata di tempat lawan, selepas Cody Gakpo dan Mohamed Salah menjaringkan gol untuk meletakkan Liverpool mendahului 2-1.

United kekal tanpa kemenangan dalam 10 lawatan terakhir mereka ke atas Liverpool (lima seri, lima kalah), dan hanya meraih lapan mata daripada sembilan aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dibawah kendalian Amorim, dan menang dua kali.

Ketika ditanya sama ada pasukannya kecewa tidak memenanggi aksi itu, dia menjelaskan: "Ya, kerana jangkaan saya jauh berbeza daripada apa yang kami lihat semasa perlawanan berlangsung.







"Saya rasa semakin marah kerana perlawanan itu menjadi lebih sukar untuk memahami beberapa perkara.

"Ia bukan mengenai sistem, ia mengenai teknik. Ia mengenai sesuatu yang lain dari perkara ini sukar untuk difahami, walaupun sebagai seorang jurulatih.





"Saya fikir ia adalah satu mata yang layak tetapi ia hanya satu mata dan saya fikir kami harus marah dan kecewa, lebih daripada hari ketika kami berdepan menentang Newcastle, atau Bournemouth, Nottingham Forest -lebih daripada itu, hari ini kami perlu benar-benar kecewa." katanya.