Perlawanan tumpuan Liga Perdana Inggeris (EPL) di antara Liverpool menentang Manchester United berkemungkinan ditangguh berikutan cuaca buruk yang melanda bandar Merseyside.

Tular satu gambar di media sosial berhubung venue permainan, Anfield, ditutupi dengan salji yang lebat, sekali gus membahayakan keselamatan penyokong yang berhasrat menyaksikan aksi tersebut.

Menurut laporan Pejabat Meteorologi di sana, amaran cuaca buruk telah dikeluarkan termasuk hujan lebat dijangka berterusan tanpa henti.



Keputusan bakal diumumkan berhubung mesyuarat penasihat yang akan menentukan bahawa perlawanan tersebut akan diteruskan ataupun tidak.