Gergasi bola sepak Jerman, Bayer Leverkusen kini dalam persiapan untuk meraikan kejayaan selaku kelab pertama Bundesliga yang mampu merekodkan kempen liga tanpa kalah yang pertama dalam sejarah.

Menurut pengurus kelab itu, Xabi Alonso, beliau yakin dengan segala momentum kemenangan yang dinikmati ketika ini, Leverkusen mampu meneruskan rentak tersebut dalam baki perlawanan terakhir yang ada.

Jika benar, bermakna Leverkusen akan merekodkan sejumlah 50 perlawanan liga tanpa sebarang calar kekalahan sepajang musim.

Bahkan sebelum ini Leverkusen telahpun meleburkan rekod tanpa kalah yang dipegang oleh Benfica minggu lalu dari 1963 hingga 1965.

Leverkusen memburu untuk mencipta sejarah tersebut dalam keadaan mereka ketika ini adalah selaku juara Jerman dan bakal berdepan kelab Atalanta pada final Liga Europa selain Kaiserslautern pada final Piala Jerman hujung bulan ini.

Awal pagi tadi anak-anak buah Alonso turut berkenduri gol dalam aksi pertemuan mereka dengan pasukan VfL Bochum 5-0.