Endrick percaya tiada siapa layak memenangi Ballon d'Or tahun ini selain bakal rakan sepasukannya di Real Madrid, Vinicius Junior, yang akan beraksi dalam final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi esok.

Vinicius, yang menjaringkan gol kemenangan ke atas Liverpool dalam final edisi 2022, sedang memburu gelaran Eropah keduanya bersama Los Blancos, yang akan berdepan Wembley di Dortmund bagi perebutan trofi edisi ini.

Pemain berusia 23 tahun itu memiliki rekod penglibatan gol secara langsung paling tinggi dalam UCL 2021-22 (31 penglibatan, 16 gol dan 15 bantuan jaringan), bahkan 17 yang dilakukannya dalam pusingan kalah mati juga merupakan rekod tertinggi sepanjang tempoh itu

Vinicius dan Endrick akan menjadi rakan sepasukan di kelab itu tidak lama lagi memandangkan pemain remaja itu akan menyertai Madrid daripada Palmeiras selepas ulang tahun kelahirannya yang ke-18 pada Julai depan.

Sebelum itu, mereka akan membantu Brazil dalam saingan Copa America pertengahan bulan ini.

"Vini seorang contoh. Tiada siapa layak memenangi Ballon d'Or selain dirinya tahun ini.

"Saya fikir pasukan kami dalam Copa America bukan sahaja mahu memenangi gelaran itu tetapi kami juga mahu membantunya memenangi anugerah berkenaan," katanya.