Stadium Astro
Fri Sep 27 2024
Tiga kelab Liga Super diberi amaran terakhir sehingga 25 Oktober depan untuk menyelesaikan tunggakan gaji pemain bagi mengelak dikenakan hukuman lebih berat.
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberi peringatan itu dalam satu kenyataan media hari ini tanpa menamakan tiga kelab tersebut.
Badan bebas Financial Fair Play First Instance Body (FFP FIB) telah selesai melakukan pemeriksaan terhadap laporan kewangan fasa kedua yang diserahkan oleh semua kelab Liga Super.
Kenyataan itu menyebut berdasarkan pemeriksaan dokumentasi yang diserahkan oleh kesemua kelab Liga Super, didapati bahawa 10 kelab telah berjaya menyerahkan laporan kewangan fasa kedua FFP dengan lengkap.
Bagaimanapun, tiga kelab pula tidak berjaya dalam proses melengkapkan laporan kewangan itu disebabkan mempunyai tunggakan gaji serta caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pertubuhan Keselamatan Pekerja dan Sosial (Perkeso) dan EIS.
Justeru tambah kenyataan itu, sekatan perpindahan pemain sebelum jendela kedua perpindahan pemain musim 2024-2025 telah dikenakan ke atas kelab-kelab terlibat.
"Namun selepas 30 hari sekatan perpindahan pemain pada jendela kedua perpindahan pemain musim 2024/25 dikenakan kepada tiga kelab tersebut, pihak MFL FFP masih belum menerima sebarang penyelesaian terhadap tunggakan itu atau mendapat persetujuan bersama kedua-dua pihak dan menghantar bukti kepada pihak FIB FFP.
"Maka pihak FIB FFP telah menjatuhkan denda dengan serta merta sebanyak RM 15,000 kepada kelab-kelab tersebut. Oleh yang demikian, tiga kelab ini perlu menghantar bukti resit bayaran atau pelan pembayaran ansuran untuk tunggakan bayaran gaji dan agensi kerajaan (KWSP, LHDN, Perkeso dan SIP) dalam masa tempoh 30 hari selewatnya sebelum atau pada 25 Oktober 2024.
"Kegagalan, kengganan dan/atau kecuaian tiga kelab ini untuk berbuat demikian seperti yang ditetapkan di atas maka perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa FIB bagi tindakan selanjutnya," kata kenyataan itu.
Berdasarkan situasi semasa, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Kuala Lumpur City FC (KL City) adalah dua kelab yang dihalang mengambil pemain baharu pada jendela perpindahan kedua baru-baru ini.
Satu lagi pasukan difahamkan berpangkalan di Pantai Timur.
Kredit -- Sinar Harian
GSK anggap syarat Zamsaham tidak realistik
Gerakan Selamatkan Kelantan (GSK) dalam satu kenyataan media tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman.
Strim langsung Nadi Bola Latihan Pasukan: Perebutan tiga mata jadi misi penting KL City, Penang
Selepas tewas kepada Perak, Kuala Lumpur City tidak rela lagi kehilangan tiga mata penuh sambil Penang juga sedang konsisten mempamerkan persembahan terpuji.
Liga Super: Negeri Sembilan teruskan badi kekalahan di laman sendiri
Negeri Sembilan tewas kepada Kelantan Darul Naim (KDN) 3-2 di laman sendiri dalam saingan Liga Super 2024/2025 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, sebentar tadi.
Liga Super: Bergson, Muniz pacu kemenangan JDT
Johor Darul Ta'zim (JDT) terus menduduki puncak Liga Super 2024/2025 selepas menewaskan Kuching City 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.
Laporan FFP fasa kedua beri amaran keras buat tiga kelab
Tiga kelab Liga Super diberi amaran terakhir sehingga 25 Oktober depan untuk menyelesaikan tunggakan gaji pemain bagi mengelak dikenakan hukuman lebih berat.
Liga Super: Terima kasih sokong jatuh bangun Selangor -- Zikri Khalili
Pertahanan Selangor, Ahmad Zikri Khalili, optimis Selangor sudah berada dalam prestasi terbaik menjelang pertemuan Liga Super 2024/2025 menentang Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, esok.
Ultimate Liga Super Fantasy: Rancang kesebelasan terbaik anda menjelang minggu ke-12 Liga Super
Ultimate Liga Super Fantasy minggu ke-11 menyaksikan MKanwar berjaya meraih mata tertinggi iaitu sebanyak 437 mata dan menduduki tempat pertama carta.
Siapakah yang akan memenangi jawatan presiden KLFA?
Keputusan pengumuman pencalonan Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, harini menyaksikan bakal pertembungan dua penjuru melibatkan dua nama besar.
ACC Shopee Cup: KL City cerahkan peluang ke peringkat kalah mati
Kuala Lumpur City berhasil memperoleh kemenangan kedua selepas menewaskan Borneo FC Samarinda dalam kempen Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.
Kesebelasan Utama ACC Shopee Cup: Kemenangan kedua jadi buruan KL City di Cheras
Kuala Lumpur City mahu mencari kemenangan kedua menentang Borneo FC Samarinda dengan menyenaraikan 11 pemain terbaik bagi mendapatkan tiga mata penuh berharga di halaman sendiri.
Sahin frustrated by defence despite convincing Dortmund win
Borussia Dortmund may have registered a convincing win over Bochum, but their defensive display left Nuri Sahin with problems to solve.
Sinner overcomes Safiullin test to reach China Open quarters
Jannik Sinner's powers of recovery were on show once again at the China Open as he set up a tie with Jiri Lehecka in the last eight.
New Zealand 33-13 Australia: Dominant All Blacks rally to comeback win
Australia made a bright start in Wellington but slumped over the finish line in the Rugby Championship after the All Blacks' comeback.
Bompastor 'feels wiser' as Chelsea's 100% record continues
Chelsea manager Sonia Bompastor highlighted the time she spent learning about the WSL after Chelsea beat Crystal Palace 7-0 on Friday.
Luis Enrique relishing Champions League test against 'favourites' Arsenal
Paris Saint-Germain continued their unbeaten league start on Friday, but now turn their focus to a Champions League clash with Arsenal.
Fonseca still targeting improvements despite impressive Milan win
Milan have now won their last three Serie A matches in a row following their 3-0 win over Lecce, but Paulo Fonseca still wants more.
Chicago Fire v Toronto FC: Herdman hoping to change Reds’ playoff story
Following their defeat in the Canadian Championship final, Toronto FC return to MLS action against the Chicago Fire this weekend.
Knicks to acquire star forward Towns from Timberwolves in blockbuster trade
The Knicks are making another major offseason move by getting Karl-Anthony Towns from the Wolves for Julius Randle and Donte DiVincenzo
St. Louis City v Sporting Kansas City: This rivalry is important to MLS, says Hackworth
Preview: St. Louis v Sporting KC
Rooney lauds 'excellent' Plymouth defence in Luton victory
Rooney hails Luton victory