Gerakan Selamatkan Kelantan (GSK) dalam satu kenyataan media tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman, tetapi sedia mengambil-alih hutang bernilai RM5 juta.

Zamsaham sebelum ini meletakkan tanda harga RM3 juta untuk melepaskan kelab itu atau sedia melepaskannya dengan RM1 sekiranya mereka memenuhi syarat menduduki kelompok lima terbaik liga dalam masa lima tahun.

Sehubungan itu, tawaran tersebut dianggap tidak realistik kerana tidak selari dengan pencapaian terkini selain masalah bebaban hutang berjumlah RM5j.

Pengerusi GSK, Nik Hafiz Nik Hassan dalam satu kenyataan media sebentar tadi juga mendedahkan TRW Kelantan FC juga telah menerima sebanyak RM16j daripada barisan pelabur dari 2020 hingga 2023.

GSK terdiri daripada sebahagian besar pelabur The Red Warriors yang sudah tidak mempercayai Zamsaham seterusnya menolak tawarannya menjual pasukan itu dengan harga RM3j kerana mempunyai beban hutang yang tinggi.