Menjelang pertemuan menentang Penang, pemain tengah Kuala Lumpur City, Ryan Lambert, mengakui kepenatan ekoran kempen Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee bertemu Borneo FC Samarinda, selalu lalu.

The City Boys juga ingin menolak sebarang risiko kecederaan selain akan bermain dalam keadaan cuaca panas pada jam 5.30 petang di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, esok.

"Sudah pasti ia akan mencabar kerana kekurangan tempoh berehat tatkala harus bermain tiga perlawanan dalam masa lapan hari, namun kami berharap agar tidak mengalami sebarang kecederaan dan mempercayai setiap pemain," katanya kepada Nadi Arena.


Dalam pada itu, KL City tampak sukar untuk bangkit demi mengutip tiga mata penuh selepas dilanda isu pemotongan mata sebelum ini termasuk skuad kendalian Miroslav Kuljanac hanya mencetak satu kemenangan sahaja dalam empat aksi terakhir.

"Sudah tentu kami kecewa dalam tiga pertembungan terakhir sejak penolakan mata berlaku tetapi kami tetap mencuba yang terbaik," tambahnya.