Terengganu merehatkan Ismaheel Akinade yang digantikan oleh Nelson Bonilla bagi mengemudi serangan untuk menewaskan naib juara Liga Super 2023, Selangor, di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam ini.

Perlawanan tertunda minggu ke-11 itu menyaksikan Sang Penyu ingin mendapatkan tiga mata penuh susulan seri berdepan Sri Pahang dan Sabah, dua minggu lalu dalam aksi Liga Super Malaysia.


Pasukan pelawat pula tidak melakukan perubahan ketara sambil menurunkan barisan pemain terkuat untuk mendapatkan kemenangan di tempat lawan.

Ali Olwan dan Roni Fernandez terus menjadi taruhan buat skuad bimbingan Nidzam Jamil selain Azim Al-Amin menjadi penjaga gol utama Selangor mengekang asakan Terengganu.