Beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah, meneruskan rentak kemenangan apabila mara ke final Terbuka Finland selepas menewaskan pilihan kedua kejohanan daripada Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi, di Energia Arena, malam tadi.

Tempoh 1 jam 42 minit diperlukan wakil negara untuk menyingkirkan Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dalam aksi rubber untuk meraih kemenangan dramatik 21-19,19-21,26-24 dan mara ke pentas akhir.





Beregu negara di kedudukan kesembilan dunia itu akan berdepan pilihan pertama kejohanan dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning.

Dalam pada itu, satu lagi wakil negara turut melangkah ke pusingan akhir iaitu Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani, dan akan berdepan jaguh berpengalaman dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, hari ini.