Apabila berjaya membenam Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV dalam pusingan pertama suku akhir Piala Malaysia, ia memberi kelebihan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk memastikan anak didik Hector Bidoglio itu selangkah ke separuh akhir sebelum bertandang pada pusingan kedua esok di Stadium Sultan Ibrahim.
Namun, yang lebih menarik untuk penulis nantikan pada perlawanan itu, apakah pengendali dari Argentina tersebut menurunkan Syafiq sebagai pengempur utama Harimau Selatan?
Ini yang akan menjadi pertaruhan Bidoglio kerana jika diperhalusi daripada segi prestasi Syafiq dalam perlawanan pertama itu, dia telah menunjukkan prestasi yang baik dan telah berjaya menjaringkan satu gol untuk Harimau Selatan.
Bukan itu sahaja, dia juga mampu menarik perhatian pertahanan lawan melalui larian-lariannya dan ini akan memberi ruang kepada rakan-rakan di midfield untuk mengambil ruang yang ditinggalkan seperti Leandro Velazquez yang gemar melakukan gelecekan.
Selain itu juga pemain kelahiran Sungai Ara, Pulau Pinang, itu juga mampu mengunakan kebijaksanaan melakukan tandukan terutama di dalam kawasan penalti.
Jika diletakkan sebagai pemain utama sudah tentu ia akan memberi kelebihan kepada Syafiq untuk terus meningkatkan keyakinan diri serta terus memburu jaringan.
Walaupun sepanjang tahun ini baru dua gol sahaja dijaringkan selepas kembali daripada dipinjamkan ke Kedah Darul Aman, masih ada ruang dan peluang untuk Syafiq kembali pada prestasi asalnya walaupun sentiasa dibayangi pemain-pemain import.
Lihat sahaja bagaimana Arif Aiman Hanapi, Shahrul Saad dan Afiq Fazail yang kerap diturunkan telah buktikan bahawa mereka juga mampu memberi manfaat kepada pasukan.
Bukan itu sahaja sekiranya Bidoglio menyenaraikan Syafiq dalam kesebelasan utama sudah tentu ia melegakan pelatih skuad negara Kim Pan Gon kerana ia akan memberi banyak pilihan kepadanya untuk merencanakan strategi dalam mempersiapkan pasukan Malaysia untuk kejohanan Piala AFF bulan depan.
Terpulang kepada jurulatih Harimau Selatan itu jika dia bijak mengukur kemampuan lawan sudah tentu ia pasti akan memberi peluang kepada pemain-pemain tempatan seperti Safiq, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid kerana ketika ini Harimau Selatan sudah selangkah ke separuh akhir dan lawan pula menggunakan pemain tempatan sahaja.
Seharusnya peluang Syafiq untuk diletakkan sebagai pemain utama amat tinggi jika jurulatih Harimau Selatan berani mengambil risiko.
Hasnizam Uzir
Thu Nov 10 2022
Stadium Nasional Bukit Jalil terima rombongan dari Korea Selatan
Walaupun sempat dipalit kontroversi mengenai keadaan padangnya minggu lalu, gelanggang keramat Harimau Malaya iaitu Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ) menerima kunjungan daripada Jawankuasa Sukan Ulsan.
Tiket perlawanan penutup JDT laku keras
Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menyambut meraikan perlawanan penutup musim ini dengan Stadium Sultan Ibrahim yang berkapasiti penuh.
Esteban Solari serik tengok JDT beraksi di padang teruk
Johor Darul Ta'zim (JDT) berharap tidak lagi perlu beraksi di atas padang yang seteruk Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada masa akan datang.
Liga Juara-Juara Asia: Esteban Solari tetap turunkan barisan terbaik JDT petang ini
Akhyar Rashid dan Forestieri nampaknya akan tetap menjadi 'SuperSub' selain Nazmi Faiz dan Syafiq Ahmad sebagai nafas tambahan JDT hari ini.
Barisan pertahanan Terengganu wajar diberikan pujian -- Zainal Abidin Hassan
Bekas pemain skuad kebangsaan, Dato' Zainal Abidin Hassan, memberikan pujian kepada kemampuan Terengganu FC menurunkan benteng pertahanan tempatan malah rata-rata daripada mereka yang masih lagi muda ketika bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi final Piala Malaysia Jumaat lalu.
Steinbruckner sudah sedia galas beg pulang ke Croatia?
Status pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner, masih belum diputuskan oleh pihak atasan sama ada beliau akan terus kekal di Terengganu atau sebaliknya.
Liga Juara-Juara ACL: Rebut 8 tiket percuma JDT lawan BG Pathum
Empat orang penyokong bertuah akan menerima dua tiket setiap seorang bagi menyaksikan secara langsung perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) melibatkan pasukan Johor Darul Ta'zim menentang BG Pathum di Stadium Sultan Ismail esok.
ACL: Arif Aiman tekad mahu buktikan kemampuan pemain tempatan beraksi di pentas tertinggi
Arif Aiman Md Hanapi mahu membuktikan barisan pemain tempatan mampu menghadirkan kualiti permainan yang setanding dengan pemain-pemain lain ketika beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL).
ACL: Arif Aiman pemain paling penting JDT -- Surachai Jaturapattarapong
Ketua jurulatih BG Pathum United, Surachai Jaturapattarapong, melabel pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Md Hanapi, adalah individu yang cukup berharga dalam pasukan Harimau Selatan itu.
FAM nafi Collina tegur mutu pengadilan Piala Malaysia
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Pierluigi Collina, menegur mutu pengadilan dalam aksi final Piala Malaysia.
Kane gunning for Lewandowski's single-season Bundesliga goal record
Harry Kane needs six goals in three Bundesliga games to match Robert Lewandowski's record haul of 41 goals from 2020-21.
Pochettino says VAR 'damaging' English football as Chelsea denied Villa win
Pochettino: VAR 'damaging' the game
'One-game series' for LeBron as Lakers secure lifeline with Nuggets win
The Denver Nuggets missed the chance to sweep the Los Angeles Lakers on Saturday and hold a 3-1 lead ahead of Game 5 on Monday.
New England Revolution 1-4 Inter Miami: Messi at the double as Herons run riot
Lionel Messi maintained his fine start to the MLS season on Saturday, moving to nine goals for 2024 with a brace in a dominant Miami win.
Uber Cup: Malaysia beaten 4-1 in opening match
Malaysia lost 4-1 to Chinese Taipei in their Uber Cup opening Group B match, a defeat which makes their road to the quarter-finals a challenging one.
NBA: Lakers avoid sweep to Nuggets; Celtics take 2-1 lead on Heat and Thunder go up 3-0
Faced with elimination, the Lakers got big performances from LeBron James and Anthony Davis to beat the Nuggets in Game 4
Atletico Madrid 3-1 Athletic Bilbao: Hosts close in on top-four finish
Atletico Madrid 3-1 Athletic Bilbao
Hull City 3-3 Ipswich Town: Tigers fight back three times to deny Tractor Boys
Report: Hull City 3-3 Ipswich Town
Chelsea and Hayes fall short again in the Champions League
Chelsea and Hayes fall short again
Paris Saint-Germain 3-3 Le Havre: Ramos rescues point but title confirmation must wait
Paris Saint-Germain 3-3 Le Havre