Empat orang penyokong bertuah akan menerima dua tiket setiap seorang bagi menyaksikan secara langsung perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) melibatkan pasukan Johor Darul Ta'zim menentang BG Pathum di Stadium Sultan Ismail esok.

Caranya mudah sahaja, dengan menjawab soalan mudah di bawah, anda berpeluang untuk memenangi dua tiket setiap seorang kepada empat pemenang bagi menyaksikan perlawanan di Iskandar Puteri.

"JDT telah merangkul kejuaraan 'quadruple' berganda, kongsikan gambar serta pengalaman anda menyaksikan detik bersejarah itu" menerusi di ruangan komen Facebook serta X!

Empat penyokong dengan jawapan paling kreatif dan 'like' terbanyak bakal diumumkan sebagai pemenang tiket berkenaan esok, sebelum sepak mula perlawanan.

Pastikan cek DM di X dan Facebook, pemenang bakal dihubungi oleh pihak kami. Semoga berjaya!