Esteban Solari nampaknya tidak melihat perlawanan terakhirnya menentang BG Pathum United dalam kancah Liga Juara-Juara Asia hanya untuk melengkapkan jadual, sebaliknya tetap menurunkan kesebelasan terbaik yang dimiliki oleh Johor Darul Ta'zim.

Bergson Da Silva, Arif Aiman, Heberty akan tetap bergandingan dalam aksi di SSI berdepan dengan kelab dari Thailand itu pada perlawanan yang dijadualkan akan berlangsung jam 6.00 petang ini.

Akhyar Rashid dan Forestieri nampaknya akan tetap menjadi 'SuperSub' selain Nazmi Faiz dan Syafiq Ahmad sebagai nafas tambahan JDT hari ini.

Sementara Sarach Yooyen nampaknya mahu mengotakan janjinya pada sidang media semalam untuk membawa pulang samada satu atau tiga mata dari SSI ke Thailand dalam apa jua keadaan bertemu Juara Piala Malaysia 2023 itu.

Bakal bergandingan dengan Chaowat Veerachart di bahagian tengah, gandingan ini sebenarnya cukup mantap untuk menentukan corak permainan Pathum dalam aksi 90 minit perlawanan.