Kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund, menyuarakan solidariti buat pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim, serta melaungkan 'hentikan keganasan' terhadap pemain bola sepak.

Dortmund, yang bakal bertemu Real Madrid dalam aksi final Liga Juara-Juara 2 Jun ini, menyuarakan solidariti buat Faisal Halim, yang ketika ini dalam proses pemulihan susulan insiden disimbah asid awal bulan ini.

Menerusi Facebook, Dortmund mengeluarkan kenyataan yang berbunyi, "Faisal Halim adalah pemain sayap yang bermain untuk Selangor FC dan pasukan kebangsaan Malaysia.

"Dia juga telah menjaringkan gol kejohanan dalam saingan Piala Asia bertemu Republik Korea. 13 gol dan 9 bantuan jaringan dalam saingan liga musim lalu membantu Selangor untuk muncul naib juara dan layak beraksi di Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2 2024/25.

"Berikutan perkembangan terkini, Faisal diserang dan kritikal kini di bawah unit kawalan intensif (ICU), dengan ini, kami menyeru untuk menghentikan agar keganasan dalam bola sepak dapat dihentikan."