Muzaffar Musa
Sun Jun 02 2024
Edin Terzic berasa "kosong tapi bangga" selepas Borussia Dortmund tewas 0-2 kepada Real Madrid dalam final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Wembley awal pagi tadi.
Dortmund jelas pasukan yang lebih baik sepanjang babak pertama tetapi mereka kurang ketajaman di depan gawang lawan sebelum dihukum Madrid, yang kelihatan bergelut mencipta peluang sepanjang pertemuan itu.
Gol lewat permainan daripada Dani Carvajal dan Vinicius Junior membolehkan Madrid melebarkan rekod kejuaraan UCL kepada 15 gelaran, sekali gus memberikan Dortmund kekecewaan gagal menjulang trofi UCL di Wembley buat kali kedua.
Pasukan Kuning Hitam itu kini tewas dalam kesemua tiga final kejohanan utama Eropah terakhir dan Terzic masih dapat melihat daripada sudut positif kekalahan itu biarpun dibelenggu perasaan kecewa.
Bercakap kepada TNT Sports selepas perlawanan itu, dia berkata: "Selepas final UCL dan kami tewas, saya berasa bangga tetapi juga kosong.
"Amat sukar untuk memikirkan tentang 12 bulan lalu dan menganalisis tempoh itu tetapi saya rasa kami memiliki musim yang penuh turun naik.
"Hari ini merupakan contoh sempurna mengenai apa yang mampu dilakukan pasukan ini, apa yang kami boleh capai dan apa yang penting untuk hari esok dan selepasnya. Kami perlu menjadi lebih tekal.
"Sukar untuk saya berkata-kata. Daripada segi prestasi, kami bermain dengan hebat sepanjang perlawanan ini tetapi kami tahu sebab mengapa mereka menjadi juara 15 kali. Mereka sangat efektif dan itulah kekurangan kami.
"Kami sudah menunjukkan yang kami berada di sini untuk menang, bukan sekadar bermain.
"Kami sudah terlalu hampir, hanya ada sedikit kekurangan tetapi syabas buat mereka yang terus bernafsu. Anda boleh lihat mengapa mereka bergelar juara.
"Ini satu momen membanggakan. Kami bawa 100,000 orang dari Dortmund ke London dan semuanya memiliki keyakinan.
"Ia satu perjalanan yang luar biasa tetapi juga ada sedikit rasa kosong dalam diri kami memandangkan ia peluang terbaik dan kami tidak mengambilnya," katanya.
ACLE: Nasib baik tak kalah -- TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), meluahkan kekecewaannya selepas perlawanan di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) bertemu Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.
ACLE: Apa maksud adil? -- Neil Etheridge anggap aksi JDT-Buriram United pelik
Bekas penjaga gol Birmingham City, Neil Etheridge, menghembus nafas lega selepas membantu Buriram United mengekang asakan bertali arus Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Kumpulan A Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), sebentar tadi.
ACLE: Tiga kad merah, drama aksi JDT-Buriram United berkesudahan seri 0-0
Gergasi Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), gagal memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri selepas sekadar seri bertemu Buriram United dalam perlawanan Kumpulan A Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), sebentar tadi.
ACLE (Video): Aksi 'ngeri' Theerathon Bunmathan terhadap Arif Aiman
Theerathon Bunmathon dilayangkan kad merah susulan tindakan kurang bijaknya terhadap bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.
Separuh masa ACLE: 2 kad merah hiasi pertembungan JDT-Buriram United
Seawal minit ke-10, Johor Darul Ta'zim (JDT) diuji dengan situasi mencabar apabila Murilo Santos dilayangkan kad merah selepas mengasari pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools.
Info siaran langsung: Hamidin pertahan jawatan atau tidak?
Ikuti perkembangan Mesyuarat Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Rabu, 4 Disember 2024 jam 12.00 tengah hari.
Liga Super: YCL alu-alukan cabaran pemain rebut kesebelasan utama
Kehadiran semula pemain import, Luka Milunovic, yang terlepas dua perlawanan lalu serta pertahanan, Luiz Motta, yang baru pulih daripada kecederaan di jangka memberi kelebihan buat Perak.
Fasa kritikal bola sepak negara, tumpuan terarah di Kelana Jaya
Pelbagai reaksi dan persoalan mula timbul dalam kalangan peminat tempatan berkenaan desas-desus yang bakal berlaku berhubung pasukan Harimau Malaya pada 15 Disember depan.
Kesebelasan Utama ACLE: Bergson ketuai serangan JDT, gelaran Raja Asia Tenggara jadi buruan
Bergson Da Silva ketuai serangan juara Liga Super Malaysia 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), menghadapi Buriram United dalam saingan Kumpulan A Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar nanti.
Nadi Bola Latihan Pasukan (LIVE STREAMING): Kedah mahu bangkit kekang asakan Perak
Victor Andrag mencari kemenangan sulungnya selaku jurulatih interim bersama Kedah Darul Aman menentang Perak dalam perlawanan Liga Super di Manjung, esok.
Conte eyeing Napoli changes for Coppa Italia tie against Lazio
Conte eyeing Napoli changes
Ancelotti hoping Madrid face 'extraordinary' Botafogo in Intercontinental Cup final
Ancelotti: I want to play Botafogo
Chelsea can 'dominate English football' for a decade, says Maresca
Maresca expects Chelsea dynasty
Sufiyan's record-breaking five-for seals T20I series for Pakistan
Suifyan stars in Pakistan win
Man City thinking about the title would be a 'huge mistake', says Guardiola
Guardiola plays down title talk
O'Neil: Wolves have 'mountain to climb' for Premier League survival
O'Neil: Wolves at danger
Pelicans 'feeling the pressure', says Green after Hawks defeat
Green: Pelicans under pressure
Liverpool prepared for 'difficult' December away games, insists Slot
Slot: Liverpool ready for away ties
Horner hints Perez 'knows the situation' amid Red Bull exit talks
Horner: Perez knows the situation
Maresca: Chelsea ‘not ready’ to challenge Liverpool and Man City for title
Maresca plays down title talk