Pertahanan Borussia Dortmund, Ian Maatsen, yang mempunyai pertalian darah Indonesia berpeluang untuk merangkul trofi Liga Juara-Juara UEFA (UCL) berdepan Real Madrid, awal pagi ini.

Pemain berusia 22 tahun itu dikhabarkan berdarah keturunan Jawa dan Suriname dan kini bermain untuk kelab gergasi Jerman itu.

Ian telah membuat 16 penampilan dalam Bundesliga bersama Dortmund dan berjaya menjaringkan 2 gol serta memberikan 2 bantuan jaringan.


Dia merupakan salah satu tonggak utama pasukan dan telah menjaringkan gol pertamanya di pentas UCL ketika menentang Atletico Madrid pada minit ke-39 di peringkat suku akhir.

Pasukan Indonesia bakal menerima pemain bola sepak gred A yang boleh bermain di pelbagai posisi, dari fullback, wingback hingga pemain sayap kiri.