NEGERI SEMBILAN 0 KL CITY 1

Pasukan pelawat, Kuala Lumpur City (KL City), terlebih dahulu mendahului keputusan menentang pasukan tuan rumah, Negeris Sembilan, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, ketika ini.


Pemain kebangsaan, Brendan Gan, membuka akaun jaringannya bersama juara Piala Malaysia 2021 selepas tandukkan derasnya berjaya menewaskan penjaga gol, Aqil Razak, pad minit ke-27 permainan.

Skuad kendalian Azzmi Aziz pula kurang memberikan asakan berbahaya kearah KL City sekali gus gagal mendapatkan sebarang percubaan yang boleh menggugat barisan pertahanan yang diketuai oleh Giancarlo Gallifuoco.

Tamat separuh masa pertama perlawanan menyaksikan KL City memisahkan kedudukan semasa menuju bilik persalinan bagi mempersiapkan kekuatan skuad pada babak seterusnya.