Kuala Lumpur City mahu mencari kemenangan kedua menentang Borneo FC Samarinda dengan menyenaraikan 11 pemain terbaik bagi mendapatkan tiga mata penuh berharga di halaman sendiri.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman The City Boys, Paulo Josue, kembali memperkuat barisan serangan sementara, Haqimi Azim Rosli kekal dalam kesebelasan utama kempen Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee, malam ini.