KL CITY 1 BORNEO FC SAMARINDA 0

Kuala Lumpur City berhasil memperoleh kemenangan kedua selepas menewaskan Borneo FC Samarinda dalam kempen Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.


Kejayaan itu menyaksikan skuad kendalian Miroslav Kuljanac berpeluang cerah untuk melangkah ke peringkat kalah mati edisi pertama penganjuran tersebut.

Pemain kebangsaan, Brendan Gan, menjadi wira The City Boys apabila mudah menampan bola ke gawang pasukan pelawat hasil daripada gelecekan Zhafri Yahya yang menewaskan dua pertahanan Borneo.


Keputusan tersebut kekal 1-0 sehingga wisel penamat menandakan skuad Warga Kota berjaya mendapatkan tiga mata penuh yang berharga.