Bayern Munich telah menandatangani bek kiri skuad kebangsaan Portugal, Raphael Guerreiro, secara percuma daripada Borussia Dortmund.
Guerreiro, yang tamat kontrak dengan Dortmund pada 30 Jun, telah menandatangani perjanjian setahun bersama Bayern. Pemain berusia 29 tahun itu akan bersatu semula dengan jurulatih Bayern, Thomas Tuchel, yang membawanya ke Dortmund dari kelab Perancis, Lorient pada 2016.
“Apabila panggilan datang daripada Bayern, saya membuat keputusan dengan pantas,” kata Guerreiro.
"Ia satu penghormatan untuk saya dapat bermain untuk kelab hebat ini, dan saya juga menghargai Thomas Tuchel sejak kami bersama di Dortmund."
Guerreiro menghabiskan tujuh tahun di Dortmund dan membuat lebih daripada 200 penampilan untuk kelab itu dengan menjaringkan 40 gol.
Dia telah meraih 64 kaps untuk Portugal dan memenangi Kejohanan Eropah pada 2016.
Walaupun dia adalah pemain pertahanan, Guerreiro juga boleh bermain sebagai pemain sayap kiri dan di bahagian tengah. Dia mencatatkan empat gol dan 12 bantuan dalam Bundesliga musim lalu, di mana Bayern mengatasi Dortmund dengan perbezaan gol untuk memenangi kejuaraan liga ke-11 berturut-turut.
Pemain pertahanan, Mats Hummels, adalah pemain terakhir yang berpindah dari Dortmund ke Bayern pada 2016. Dia kembali ke kelab lembah Ruhr tiga tahun kemudian.
Guerreiro adalah pembelian kedua Bayern di luar musim, selepas pemain tengah RB Leipzig, Konrad Laimer, juga secara percuma.
Ammar Hakim
Sat Jun 24 2023


Bundesliga: Marcel Sabitzer sertai Borussia Dortmund daripada Bayern Munich
Borussia Dortmund sah menandatangani pemain tengah Austria, Marcel Sabitzer, daripada seteru Bundesliga, Bayern Munich.

Raphael Guerreiro sertai Bayern Munich secara percuma
Bayern Munich telah menandatangani bek kiri skuad kebangsaan Portugal, Raphael Guerreiro, secara percuma daripada Borussia Dortmund.

Bundesliga: Bayern Munich pintas Borussia Dortmund di tangga teratas
Bayern Munich mengatasi Hertha Berlin 2-0 dalam perlawanan Bundesliga di Arena Allianz lewat malam tadi, sekali gus memintas Borussia Dortmund di tangga teratas.

Marco Reus setuju lanjutkan kontrak di Dortmund hingga musim depan
Marco Reus komited bersama Borussia Dortmund

Borussia Dortmund nafi hukum Jude Bellingham
Pengurus Borussia Dortmund, Edin Terzic, berkata keputusannya untuk mengetepikan Jude Bellingham ketika bertemu RB Leipzig tiada kaitan dengan kritikan terhadap Emre Can baru-baru ini.

Bundesliga: Tuchel mulakan era di Bayern dengan atasi Dotmund dalam Klassiker
Thomas Tuchel memulakan eranya bersama Bayern Munich dengan kemenangan 4-2 ke atas seteru tradisi, Borussia Dortmund, dalam perlawanan Bundesliga di Arena Allianz awal pagi tadi.

Potter laung 'malam istimewa' buat Chelsea
Ketua jurulatih Chelsea, Graham Potter memuji suasana 'malam istimewa' di Stamford Bridge ketika Chelsea menewaskan Borussia Dortmund 2-0 dalam perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara.

UCL: Sterling, Havertz lengkapkan kebangkitan Chelsea
Chelsea melengkapkan kebangkitan dalam aksi timbal balik di Stamford Bridge untuk mengesahkan tempat mereka ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menewaskan Borussia Dortmund 2-0 awal pagi tadi dalam perlawanan kedua pusingan 16 dengan kemenangan 2-1 secara agregat.

UCL: Terzic seru Jude Bellingham tunjuk belang singkir Chelsea
Dortmund menuju ke Stamford Bridge untuk perlawanan timbal balik pusingan 16 UEFA dengan kelebihan 1-0 selepas jaringan Karim Adeyemi dalam separuh masa kedua memisahkan kedua-dua pasukan dalam perlawanan pertama.

Benteng kental bantu Dortmund pintas Bayern di puncak Bundesliga
Edin Terzic memuji kekentalan pertahanan Borussia Dortmund untuk menyamai rekod kemenangan kelapan berturut-turut kelab dalam Bundesliga dengan menundukkan pencabar kejuaraan, RB Leipzig, 2-1, awal pagi tadi.

Jamie Joseph relishing Japan’s all-or-nothing ‘grand final’ against Argentina
The result meant England will top Pool D – the winner between Japan and Argentina next week will join them in the World Cup quarter-finals.

Japan beat Samoa as England’s World Cup progress confirmed
The Brave Blossoms go on to face Argentina in final round of Pool D matches.

I’m never happy – Kevin Sinfield not getting carried away with England’s defence
England have conceded one try in three World Cup matches – a far cry from Steve Borthwick’s first nine Tests when the line was breached 30 times.

Bucks confident of returning to the top after Lillard trade
The Milwaukee Bucks have traded for Damian Lillard, in a move they hope turns around their fortunes after last season's disappointment.

Ireland number eight Jack Conan could return from injury against Scotland
Andy Farrell’s side complete their Pool B fixtures on October 7 against Scotland in Paris.

Xavi wants Barcelona to make defensive improvements against Sevilla
The Barca boss is expecting a tough test when Sevilla visit the Nou Camp.

Gregor Townsend makes sweeping changes to Scotland side for Romania clash
Backs Chris Harris and Kyle Steyn are the only two players to have retained their place in the side from last Sunday’s win over Tonga.

Chaos at Scunthorpe – Owner ends funding with club forced to leave Glanford Park
The Iron said they would play at Gainsborough Trinity, who revealed they knew nothing about the agreement.

Team Europe split on ‘revenge’ mission but united in quest for Ryder Cup glory
The record 19-9 defeat by the United States at Whistling Straits was a humbling experience.

Asian Games: Malaysia badminton men's team succumb to South Korea in first round
Malaysia crashed out of the Asian Games badminton men's team event after disappointing 3-1 defeat against South Korea in the round of-16 match on Thursday.