Diberitakan Dortmund dalam proses awal untuk mendapatkan Jadon Sancho secara pinjaman dari Manchester United di mana khidmatnya bakal digunakan hingga akhir musim ini dalam saingan Bundesliga.



Kalau mengikut kontrak semasa, Sancho yang dibeli dengan tanda harga £73 juta, akan kekal di Old Trafford hingga 2026 dengan pilihan untuk melanjutkannya.

Pemain sayap itu tidak beraksi sejak kemenangan 3-2 United terhadap Nottingham Forest susulan kritikan Erik ten Hag terhadap prestasinya dalam latihan.

Lebih teruk lagi apabila reaksi Sancho di media sosial berkenaan perkara itu sekaligus menjadi 'titik hitam' kariernya bersama Manchester United.