IRAQ 2 JEPUN 1

Iraq menggugat impian Jepun untuk menjuarai Piala Asia 2023 apabila meraih kemenangan 2-1, sebentar tadi.


Iraq mendahului dalam perlawanan berat sebelah kepada Jepun itu tetapi berkesempatan mendahului selesa menerusi jaringan berganda Aymen Hussein pada minit ke-5 dan penghujung babak pertama di Stadium Education City berkenaan, manakala gol sagu hati pasukan pilihan tersebut dirakam melalui tandukan ketua pasukan, Wataru Endo, pada masa kecederaan.

Kemenangan dalam tempoh 42 tahun ke atas negara Matahari Terbit itu meletakkan Iraq selaku juara 2007 untuk mendahului Kumpulan D, disusuli Jepun tatkala aksi Vietnam menentang Indonesia sedang berlangsung.