IRAQ 0 KOREA SELATAN 1

Korea Selatan meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Iraq dalam satu perlawanan persahabatan di Abu Dhabi malam tadi.

Dalam aksi pemanas badan menjelang saingan Piala Asia itu, Lee Jae-sung muncul penjaring tunggal pada minit ke-40 untuk memberikan Taeguk Warriors lonjakan terbaik sebelum sepak mula Piala Asia di Qatar pada Jumaat ini.

Korea Selatan diundi dalam Kumpulan E bersama Jordan, Bahrain dan Malaysia.

Pasukan di ranking ke-23 dunia itu akan bertemu skuad negara dalam aksi terakhir peringkat kumpulan pada 25 Januari ini.

Iraq, dalam pada itu, diletakkan dalam Kumpulan D bersama Jepun, Vietnam dan Indonesia.