Indonesia tewas 0-2 kepada Iraq di laman sendiri dalam saingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Jakarta, Indonesia tumbang 0-2 kepada Iraq di sebalik persembahan cemerlang dalam separuh masa pertama. Kekalahan itu bermakna mereka perlu memastikan kemenangan atas Filipina bagi memastikan slot ke pusingan ketiga dalam genggaman.
Turun beraksi dengan penuh keyakinan, ditambah dengan kehadiran penyokong di laman sendiri, mereka berjaya mendominasi di awal permainan, sehingga berjaya menghasilkan peluang namun gagal disempurnakan Sandy Walsh.
Di sebalik aksi cemerlang ditampilkan Indonesia, Iraq berusaha untuk mendapatkan jaringan, ia hadir pada minit ke-17 namun tandukan Ibraheem Bayes dibatalkan pengadil.
Skrip berbeza dalam separuh masa kedua, Iraq dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Justin Hubner dan Aymen Hussein dengan penuh keyakinan melengkapkan jaringan.
Malang terus menimpa skuad Garuda apabila kapten pasukan dan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Jordi Amat, dilayangkan kad merah memaksa mereka untuk bermain dengan 10 pemain.
Ternyata kelebihan kini memihak pasukan lawan, Indonesia terpaksa akur dengan gol kedua Iraq menerusi Ali Jasim, menyaksikan mereka menamatkan perlawanan tanpa sebarang mata.
Stadium Astro
Fri Jun 07 2024
Kelayakan Piala Dunia: Korea Selatan dahului Kumpulan B, menang tipis ke atas Iraq
Korea Selatan kini mendahului Kumpulan B dengan tiga mata selepas meraih kemenangan tipis 3-2 ke atas Iraq dalam perlawanan pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia Zon Asia di Yongin malam tadi.
Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027: Jordi Amat dilayang kad merah, Iraq benam Indonesia 2-0 di Jakarta
Indonesia tewas 0-2 kepada Iraq di laman sendiri dalam saingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.
Indonesia alih tumpuan aksi playoff berdepan Guinea
Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong mengetahui dia kini berperang dengan masa untuk menyediakan pemainnya yang keletihan menghadapi perlawanan play-off Sukan Olimpik menentang Guinea Khamis selepas tewas 2-1 kepada Iraq dalam penentuan tempat ketiga Piala AFC B-23.
Piala Asia B-23: Iraq layak ke Sukan Olimpik Paris, Indonesia teruskan penantian
Kemenangan 2-1 dalam masa tambahan dalam aksi playoff tempat ketiga saingan Piala Asia B-23 menyaksikan Iraq layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris, manakala Indonesia memiliki satu lagi talian hayat untuk ke pentas berprestij itu.
Piala Asia B-23: Thailand cipta kemenangan mengejut ke atas Iraq
Thailand mencipta kekecewaan besar apabila menewaskan Iraq 2-0 dalam perlawanan pembukaan kumpulan C dalam Piala Asia B-23.
Piala Asia: Iraq sentak kempen Jepun
Iraq menggugat impian Jepun untuk menjuarai Piala Asia 2023 apabila meraih kemenangan 2-1, sebentar tadi.
Piala Asia: Iraq tumbangkan Indonesia
Indonesia tewas dalam perlawanan pertama Kumpulan D apabila ditumbangkan Iraq 1-3.
Persahabatan Antarabangsa: Korea Selatan menang tipis ke atas Iraq
Korea Selatan meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Iraq dalam satu perlawanan persahabatan di Abu Dhabi malam tadi.
Howe wants Newcastle at their 'absolute best' to beat Arsenal
Howe wants Newcastle at 'best'
James refuses to blame referees for Lakers' defeat at Rockets
LeBron James on Rockets v Lakers
Cummins has no plans to quit Australia captaincy after India triumph
Cummins on captaincy future
'Celtics win is just one of 82', says Daigneault after Thunder make it 15 in a row
Daigneault: It's one win of 82
Carragher: Real Madrid rumours 'must have' affected Alexander-Arnold
Carragher: Madrid link affected TAA
'Nobody likes to get embarrassed' – Curry after Warriors lose to Kings
Curry: Kings loss was embarrassing
Malaysia Open: Antonsen tips Jonassen to succeed in Malaysia
Anders Antonsen has vouched for national singles chief coach Kenneth Jonassen, saying the country has one of the best in the world as the Dane prepares for his Malaysia Open title defence which begins tomorrow.
Guardiola wants Grealish to regain treble-winning form
Pep: Grealish must fight for place
Matsuyama delighted with 'great start' after making history in Hawaii
Matsuyama shoots 35 under
'Why can't we do this every week?' - Fernandes frustrated by Man Utd inconsistency
Fernandes annoyed by inconsistency