Ketua Pegawai Operasi LTdL 2024, Emir Abdul Jalal, berasakan saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 kali ini lebih mencabar susulan tidak dapat menjangkakan pemenang dalam setiap peringkat perlumbaan.

"Keputusan perlumbaan biasanya kami sudah ada pilihan siapa pemenang, tetapi semua keputusan lari daripada apa yang kami jangkakan. Ini menunjukkan keputusan tidak dijangka dan begitu juga laluan perlumbaan, kami tidak dapat tetapkan siapa yang akan menjuarai," katanya.

Dengan keputusan yang tidak dapat dijangkakan susulan laluan yang variasi dalam saingan LTdL kali ini, Emir menjelaskan: 'Ini pandangan saya juga, kita kena ada dakian yang lebih hebat untuk beri lebih cabaran. Saya berasa itu sangat menarik kerana tidak dapat menjangkakan siapa pemenangnya.








"Kita akan cuba bawa pada tahun depan, tetapi tidak dapat menjanjikan lagi.

"Kalau kita mahu bandingkan dari segi laluan LTdL dengan di Eropah, kita punya laluan pecutan terakhir adalah paling selamat. Dari segi penganjur kami memang sudah berikan laluan yang sudah cukup menarik dan lengkap buat mereka. Cuma semangat untuk menang hingga menyebabkan berlaku kemalangan.

Dia juga menjelaskan bahawa semangat juang pelumba yang ingin menyaingi pelumba terbaik dunia dengan semangat untuk melakar kemenangan antara faktor berlaku perkara yang tidak diingini.

"Ada pelumba yang mahu berada dalam kelompok pelumba terbaik dan sebabkan itu menyebabkan kemalangan berlaku.

"Mereka bersungguh-sungguh untuk raih kemenangan, kemalangan dalam basikal adalah lumrah dan bukan daripada penganjur." tambahnya lagi