Saingan Le Tour De Langkawi (LTdL) 2024 menutup tirai tanpa sebarang kemenangan signifikan buat pelumba negara dengan situasi itu menimbulkan persoalan mengenai kualiti kudrat tempatan ketika ini.

Meskipun penganjuran kejohanan tumpuan tahunan ini dibanjiri pelumba terbaik dari pasukan benua namun sejarah membuktikan ianya realistik buat pelumba tempatan menempah kemasyhuran.

Antara pencapaian yang dikenang dalam lipatan sejarah (lTdL) 2015 — Adiq Husainie melengkapkan kedudukan podium perlumbaan peringat kelim- di Terengganu ke Kuantan selain menyambar gelaran Pelumba Terbaik Asia dalam edisi 2016.

Adiq turut menawarkan pandangan tersendiri mengenai dua faktor yang harus diutamakan jika mahu melihat pelumba tempatan menyinar pada saingan itu tahun depan.

"Kita boleh lihat pelumba tempatan kita ketika ini tidak begitu menyerlah seperti edisi lepas.

"Antaranya kita boleh lihat Nur Aiman Zarif yang menang jersi Raja Bukit dan Harrif Saleh menang dua peringkat dalam edisi lepas. Jadi persediaan perlu rapi sekurangnya beberapa bulan sebelum dan bukannya satu bulan atau satu bulan setengah sahaja.

"Saya rasa perlu beri kepada pelumba muda yang sedang meningkat naik untuk terus memberikan saingan." kata jurulatih berbasikal remaja negara, Adiq Husainie Othman.