Juara berbasikal Olimpik, Sir Chris Hoy, mengumumkan bahawa dia menghidap kanser dengan setelah melakukan diagnosis menunjukkan sakitnya itu telah merebak ke bahagian tulang dan telah sampai ke tahap empat.

Chris memberitahu bahawa sebelum ini dia tidak mengambil serius tentang kesakitan bahu yang dialaminya kerana dia beranggapan kesakitan itu berlaku semasa bermain di gim.

Namun melakukan rawatan, pegawai perubatan memaklumkan bahawa ada tumor di bahunya.

Pelumba berusia 48 tahun itu memuat naik perkongsian di Instagram dengan menjelaskan: 'Anda mungkin melihat beberapa artikel mengenai masalah kesihatan saya hadapi sekarang, jadi saya ingin menjelaskan bahawa saya masih berasa sihat, kuat dan positif serta terharu dengan sokongan daripada semua untuk keluarga saya.





"Awak tahu kita semua dilahirkan di dunia ini namun kita juga akan mati, dan ini hanya sebahagian daripada proses itu". katanya.

Dia bersara daripada berbasikal pada 2013 dan dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah menjadi pakar dan pengulas tetap sebagai sebahagian daripada liputan berbasikal BBC Sport.

Terdapat pelbagai sokongan yang diberikan termasuk daripada pelumba basikal Olimpik, Mark Cavendish, dengan menjelaskan dia sebagai 'wira sejati'.

Sejak bersara, dia telah menulis beberapa buku untuk kanak-kanak di samping memberi sumbangan untuk liputan berbasikal BBC.