Pemain muda Penang II, Saffy Zikry Ndongo, antara nama yang mencuri tumpuan dalam senarai 36 pemain Malaysia B-19 yang dipanggil ke latihan pusat sebagai persiapan menjelang Kejohanan B-19 ASEAN 2024 di Surabaya, bulan depan.

Pemain berdarah Cameroon-Malaysia itu mempunyai ketinggian 1.92 merupakan skuad Projek FAM-MSN pada musim lepas dilihat mampu memperkuatkan jentera serangan skuad muda negara.





Dalam satu perlawanan latihan yang berlangsung secara tertutup Isnin lepas, dia antara pemain yang diberikan peluang beraksi dan berjaya membantu pasukannya menewaskan KL City Extension 4-1.

Anak buah Juan Torres Garrido itu diundi dalam Kumpulan C bersama Thailand, Singapura dan Brunei.

Untuk maklumat, skuad Harimau Muda akan memulakan latihan pusat di Akademi Mokhtar Dahari, Gambang kemudian di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.