RB LEIPZIG 0 LIVERPOOL 1
Arne Slot berkata Liverpool bernasib baik penjaga gol mereka, Caomhin Kelleher, mempamerkan aksi luar biasa ketika menewaskan RB Leipzig 1-0 dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Red Bull Arena awal pagi tadi.
Dalam perlawanan itu, gol tunggal Darwin Nunez dalam separuh masa pertama sudah cukup untuk The Reds mendaftarkan kemenangan ketiga daripada tiga perlawanan musim ini.
Liverpool juga buat kali pertama memenangi enam perlawanan pertama di laman lawan secara berturut-turut dalam satu musim dan Slot menjadi pengurus pertama dalam sejarah liga divisyen utama England memenangi 11 daripada 12 perlawanan pertama bersama sesebuah pasukan.
Bagaimanapun, pengurus berbangsa Belanda itu mengakui terhutang budi dengan Kelleher, yang diberi tanggungjawab sebagai benteng terakhir Liverpool bagi menggantikan penjaga gol utama yang sedang cedera, Alisson.
Kelleher menyelamatkan enam situasi genting di gawang Liverpool sepanjang perlawanan menentang Leipzig, yang merupakan rekod tertinggi dalam satu perlawanan peringkat Eropah.
"Kami amat bernasib baik," kata Slot kepada TNT Sports ketika ditanya betapa pentingnya peranan penjaga gol itu.
"Adalah normal untuk kelab seperti kami memiliki pemain yang amat bagus di setiap posisi.
"Ali terpaksa diketepikan musim lalu dan sekali lagi musim ini. Bukan hanya dia, kami memiliki beberapa pemain lain yang jarang berada dalam kesebelasan utama tetapi menyerlah sekali lagi hari ini.
"Kami amat gembira dengan kemenangan ini. Kami bermain cara yang sukar hari ini. Kami menguasai sebahagian besar permainan melainkan beberapa minit. kami memerlukan Virgil (Van Dijk) dan Ibou (Konate) dan penjaga gol kami," katanya.
Muzaffar Musa
Thu Oct 24 2024
Unifi Piala Malaysia: JDT mudah ke separuh akhir singkir KL City
Johor Darul Ta'zim (JDT) menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir Unifi Piala Malaysia dengan kelebihan agregat 6-1 selepas menewaskan Kuala Lumpur City 4-0 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi.
Reaksi penyokong Malaysia: Mahu pemain JDT perkuat Harimau Malaya, tuntut beberapa kelab beri kerjasama penuh
Penyokong bola sepak negara memberikan reaksi berbeza selepas menyaksikan Harimau Malaya gagal ke separuh akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 ketika diikat Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), semalam.
Piala Dunia Wanita 2027: Netflix sah penyiar rasmi perlawanan secara langsung
Aplikasi penstriman, Netflix, secara rasmi memperoleh hak penyiaran untuk menayangkan liputan langsung Piala Dunia Wanita 2027 dan 2031 di Amerika Syarikat.
Piala AMEC: Info siaran langsung (live streaming) Indonesia vs Filipina
Indonesia akan berdepan misi wajib menang menentang Filipina dalam aksi terakhir Kumpulan B, Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC) di Stadium Manahan, Surakarta malam ini.
Unifi Piala Malaysia: Info siaran langsung (live streaming) Terengganu lawan Negeri Sembilan
Terengganu akan melayani kunjungan Negeri Sembilan bagi aksi suku akhir kedua Unifi Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu malam ini.
Nadi Bola Latihan Pasukan: Seladang atau Tok Gajah ke separuh akhir Piala Malaysia?
Sri Pahang mempunyai kelebihan satu gol berdepan Perak dalam suku akhir pertama Unifi Piala Malaysia.
Unifi Piala Malaysia: Info siaran langsung (live streaming) JDT lawan KL City
Johor Darul Ta'zim (JDT) akan melayani kunjungan Kuala Lumpur City bagi aksi suku akhir kedua Unifi Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri petang ini.
PDRM buka siasatan insiden pergaduhan penyokong di LRT
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap pergaduhan antara penyokong bola sepak yang berlaku di transit aliran ringan (LRT) Stesen Bandar Tasik Selatan, semalam.
Piala AMEC: Wan Kuzain terkejut lihat aksi mantap Singapura singkir Harimau Malaya
Pemain warisan negara, Wan Kuzain Wan Ahmad, terkejut melihat kawalan bola yang dipamerkan Singapura ketika menyingkirkan Malaysia dalam saingan peringkat Kumpulan A, Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, sebentar tadi.
Piala AMEC: Sukar bermain di Bukit Jalil, pujian buat Singapura -- Safuwan Baharudin
Pertahanan Singapura, Safuwan Baharudin, memberikan pujian atas usaha pasukannya mengekang Malaysia memperoleh kemenangan dalam aksi peringkat kumpulan Piala ASEAN Mitsubishi Electric di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), sebentar tadi.
Haaland: Man City players 'still believe' in Guardiola
Haaland: City still believe in Pep
Luis Enrique keen to develop young talent at PSG
Luis Enrique happy with PSG squad
'Outstanding' Villa 'deserved' Man City win, says Rogers
Rogers: Villa 'outstanding' v City
Four-star Lang propels Portsmouth in hammering of Lampard's Coventry
Pompey climb out of bottom three
Kimmich lauds 'convincing' Bayern reaction in Leipzig triumph
Kimmich lauds Bayern response
Aston Villa 2-1 Manchester City: Rogers piles more misery on Guardiola's side
Report: Villa 2-1 Man City
Motta challenges injury-hit Juventus to rediscover winning feeling
Motta hoping for Juventus victory
Mourinho to endure unhappy Christmas as Fenerbahce lose ground on Galatasaray
Mourinho to have unhappy Christmas
Orlando sell Torres to Palmeiras for club-record fee
Torres leaves Orlando for Palmeiras
Woods 'not competitive' ahead of return at PNC Championships
Woods: I am not competitive