Bakal berakhir atau berterusan? Arsenal dan Mikel Arteta dalam buruan meraih kemenangan pertama di Stadium Etihad selaku ketua jurulatih The Gunners.

Berdasarkan rekod terdahulu, Skuad Manchester City kendalian Pep Guardiola memperoleh sembilan kemenangan, satu seri dan mencatakan 25 gol.

Manakala Arsenal, yang mempamerkan peningkatkan menakjubkan di bawah kendalian Arteta sejak beberapa musim yang lalu, memperoleh tiga kemenangan, satu seri dan lapan jaringan ke atas juara Liga Perdana Inggeris itu.

Bolehkah Mikel pecahkan rekod kekalahan di Etihad? Atau adakah pasukan Pep akan mempertahankan penguasaan mereka?

Segalanya bakal terungkai secara langsung di Astro dan strim menerusi Astro GO!