Terengganu sedang dalam proses menyelesaikan tunggakan gaji bekas pemain import, Adisak Kraisorn, susulan menerima surat arahan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada 31 Ogos lalu.

Skuad Peteh mengakui bahawa mereka masih mempunyai hutang terhadap bekas penyerang Muangthong United, namun menafikan nilai bayaran mencecah sehingga enam angka sebaliknya hanya lima angka yang perlu dijelaskan dalam tempoh 45 hari.


Dalam masa sama, pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur Tanah Air itu mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak pernah dikenakan apa-apa sekatan daripada badan induk bola sepak dunia itu dan sedia mematuhi segala arahan yang diberikan.