Pemain Twente, Mees Hilgers, secara rasmi menjadi warganegara Indonesia sekali gus akan memperkuatkan skuad Garuda dalam saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia berdepan Bahrain dan China, minggu depan.

Dalam pada itu, Eliano Reijnders yang beraksi di Liga Eredivise turut menerima kewarganegaraan bersama Hilgers pada 30 September lalu.






Reijnders mempunyai darah keturunan Indonesia daripada ibunya yang merupakan suku Ambon dan lahir di Jakarta sementara Hilgers turut mempunyai darah kacukan melalaui ibunya yang berasal dari Sulawesi Utara.

Untuk rekod, pemain berusia 23 tahun itu menjadi watak penting dalam membantu Twente mengikat Manchester United 1-1 dalam saingan Liga Eropah, Khamis lalu.

Dua pemain itu berada dalam senarai 27 pemain yang dipanggil ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong, hari ini.