Status sebagai pembunuh pasukan gergasi bukan jaminan buat PDRM meraih tiga mata bertemu Kedah Darul Aman di tempat lawan Jumaat ini, walaupun Sang Saka Biru telah membuatkan empat pasukan utama dalam kerugian besar.

Mereka membuatkan Selangor, Terengganu dan Johor Darul Ta'zim (JDT) berputih mata apabila sekadar seri 1-1 sementara Sabah dikejutkan dengan kekalahan 0-1.

Pengendalinya, P. Maniam, sebaliknya menuntut anak buahnya agar kekal waspada berdepan Sang Kenari memandangkan kunjungan mereka ke Alor Setar tanpa beberapa tonggak utama akibat kecederaan dan digantung perlawanan.

"Kami mahu pungut tiga mahupun satu mata tetapi ia bergantung kepada hari perlawanan.




"Pemain telah tunjukkan satu prestasi yang bagus dan buktikan pemain ada kualiti," katanya.

Tambah pemain import, Aremu Timothy: "Kami mahu menebus kekalahan 0-1 kepada Kedah Darul Aman di tempat sendiri dalam pusingan pertama.

Menurut pertahanan, Safiee Ahmad: "Pemain perlu jaga kepercayaan yang diberikan oleh jurulatih."