Ammar Hakim
Sat Jun 11 2022
Jurulatih Jerman, Hansi Flick, mengkritik jadual padat Liga Negara-Negara UEFA (UEFA Nations League), mendakwa pasukan terpaksa bermain terlalu banyak perlawanan dalam tahun yang sama dengan penganjuran Piala Dunia.
Die Mannschaft telah bermain dua perlawanan Liga A mereka dan akan bermain dua perlawanan lagi menentang Hungary dan Itali semasa jendela permainan antarabangsa ini.
Peringkat kumpulan Liga Negara akan berakhir dengan sepasang perlawanan pada bulan September.
Pemain Jerman yang terlibat dalam perlawanan Jun akan mempunyai sedikit masa untuk pulih menjelang musim domestik baharu, dengan Bundesliga bermula seminggu lebih awal daripada kempen terakhir pada 5 Ogos. Peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, di mana Jerman mempunyai empat peserta, akan bermula pada 6 September selepas ia bermula pada 14 September tahun lalu.
Dan, dengan Piala Dunia yang dijadualkan semula bermula di Qatar pada 21 November, Flick percaya terlalu banyak beban yang diletakkan kepada pemain negaranya.
Ditanya pada sidang media menjelang perlawanan Sabtu dengan Hungary jika perlawanan Liga Negara-Negara memberi tekanan kepada pemain, dia menjawab: "Saya bersetuju dengan itu.
“Empat perlawanan adalah terlalu banyak selepas musim sebegitu. Anda perlu mengambil kira dua tahun itu.
"Kita berdepan pandemik dan banyak perlawanan bertimbun. Kami akan mengharungi pengalaman yang sama seperti bola sepak di England [dua minggu perlawanan] selepas ini.
“Hampir tiada persiapan pramusim kemudian ia adalah perlawanan Bundesliga dan Liga Juara-Juara setiap tiga, empat hari sehingga Piala Dunia.
“Ini harus dilihat dan kami perlu bertanya kepada diri sendiri bagaimana kami boleh menawarkan pemain rehat kerana itu penting.
"UEFA atau FIFA harus melihat perkara ini dan mengambil beberapa langkah.
"Sekarang kami perlu bersedia dengan baik, kami ada empat perlawanan ini. Kami menerimanya. Ia sukar untuk pemain selepas musim yang panjang. Tetapi kami menerimanya kerana semua pasukan mempunyai mata permulaan yang sama.
"Apa yang kami fokuskan ialah untuk bermain Piala Dunia yang baik pada bulan November."
EURO 2024: Bukan Belgium sahaja ada generasi emas -- Kevin De Bruyne
Kekalahan mengejutkan Belgium terhadap Perancis di pusingan 16 terbaik EURO 2024 ibarat tamparan hebat buat anak buah Domenico Tedesco
Bundesliga: Florian 'Wizard' Wirtz Pemain Terbaik 2023/24
Siapa sangka, pemain muda yang mengalami kecederaan lutut pada 2022 berhasil membuat kebangkitan dan membantu Bayer Leverkusen menjuarai Bundesliga dengan rekod tanpa kalah
La Liga: Toni Kroos kekal di Real Madrid hingga 2025
Kalau ingin bercerita tentang status pemain elit, mungkin itu boleh kita kaitkan dengan bintang Jerman & Real Madrid, Toni Kroos
Flick banyak kongsi pengalaman sebagai jurulatih -- Klose
Miroslav Klose menunjukkan pengaruh Hansi Flick pada karier barunya ketika pemecah rekod Piala Dunia itu memulakan tugas pertamanya sebagai ketua jurulatih.
Liga Negara-Negara: Jerman terlalu kerap lakukan kesilapan -- Hansi Flick
Ketua jurulatih Jerman, Hansi Flick, berkata pasukannya membuat 'terlalu banyak kesilapan' kerana mereka terpaksa berpuas hati dengan satu lagi seri dalam saingan Liga Negara-Negara (UEFA Nations League) di Hungary awal pagi tadi.
Liga Negara-Negara UEFA: Flick kritik jadual padat saingan antarabangsa
Jurulatih Jerman, Hansi Flick, mengkritik jadual padat Liga Negara-Negara UEFA (UEFA Nations League), mendakwa pasukan terpaksa bermain terlalu banyak perlawanan dalam tahun yang sama dengan penganjuran Piala Dunia.
Low kecewa Jerman tewas kepada Macedonia Utara
Ketua jurulatih Jerman, Joachim Low, 'dikecewakan' setelah tewas kepada Macedonia Utara dalam aksi kelayakan Piala Dunia.
Low enggan bincang tentang Muller, Hummels selepas tewas kepada Macedonia Utara
Joachim Low menegaskan ini bukan masa terbaik untuk membincangkan peluang memangil semula Thomas Muller dan Mats Hummels dalam kekalahan Jerman 2-1 kepada Macedonia Utara.
Low mahu lebih lagi dari Jerman selepas benam Iceland
Skuad muda Jerman beraksi cemerlang ketika berdepan Iceland tetapi ketua jurulatih, Joachim Low, mengharapkan lebih lagi daripada dua aksi kelayakan Piala Dunia mereka.
Jerman tidak rancang untuk pancing Flick dari Bayern -- Bierhoff
Pengarah pasukan Jerman, Oliver Bierhoff, tidak memiliki sebarang isu dengan komen Karl-Heinz Rummenigge mengenai masa depan Hansi Flick, menegaskan DFB tidak akan mendekati jurulatih itu ketika bersama Bayern Munich.
Guardiola: Man City in danger of not qualifying for Champions League
Pep: Man City might not reach UCL
Konstas shines on debut in Australia's strong start
Konstas stars on Austraila debut
Arteta says injury-hit Arsenal must be creative against Ipswich
Arteta: Arsenal must be creative
James, Lakers survive Curry’s 38 points to edge Warriors
James, Lakers edge Curry, Warriors
3 things about Zii Jia's new coach Yeoh Kay Bin
Yeoh Kay Bin was announced as Lee Zii Jia’s latest head coach on Christmas Day, following the departure of Wong Tat Meng. Stadium Astro looks at the background and achievement of the former national shuttler.
Hurzeler delighted by 'whole package' Wieffer
Preview: Brighton v Brentford
Mudryk to 'disconnect' from Chelsea amid FA investigation
Chelsea's Mudryk to 'disconnect'
Oscar makes return to Brazil with Sao Paulo
Oscar back in Brazil
Maresca believes Fernandez is growing in stature at Chelsea
Enzo delighted with Fernandez
Sensational Sinner heads into 2025 on top of the world
Sinner's stellar 2024 in numbers