Siapa sangka, pemain muda yang mengalami kecederaan lutut pada 2022 berhasil membuat kebangkitan dan membantu Bayer Leverkusen menjuarai Bundesliga dengan rekod tanpa kalah.

Ia satu perkara yang sangat menakjubkan selepas tiada mana-mana kelab Jerman pernah melakukannya sebelum ini.

Individu seperti Florian Wirtz telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Bundesliga musim 2023/24 selepas aksi cemerlang musim ini.





Dengan catatan 11 gol, 11 bantuan gol dan juga muncul sebagai Pemain Terbaik Bulanan Bundesliga sebanyak tiga kali (Oktober, Disember & Februari) menjadikan Wirtz calon terbaik untuk rangkul anugerah itu.

Yang pasti, Wirtz masih punyai peluang untuk raih gelaran treble musim ini apabila Bayer Leverkusen akan hadapi Atalanta di final Liga Europa dan juga hadapi Kaiserslautern di final Piala Jerman.