Skuad Lazio kendalian Marco Baroni masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Europa selepas mencatat kemenangan tipis ke atas Porto 2-1 di Stadio Olimpico.

Lazio terlebih dahulu membuka jaringan pada penghujung babak pertama perlawanan hasil rembatan Alessio Romagnoli yang menerjah gawang Porto.

Porto kembali bernyawa pada separuh masa kedua selepas Stephen Eustáquio tenang menolak masuk hantaran lintang yang dibuat oleh Galeno.

Hero yang memastikan Lazio terus meneruskan rentak cemerlang adalah Pedro, pemain berusia 37 tahun yang mencetak gol kemenangan pada masa kecederaan.