Bintang Napoli, Khvicha Kvaratskhelia, diramal memenangi Ballon d'Or dalam tempoh beberapa tahun akan datang oleh rakan sepasukan dalam skuad Partenopei, Victor Osimhen.

Pemain antarabangsa Georgia itu tiba dari Dinamo Batumi pada Julai tahun lalu dan memukau saingan Itali sebagai pemain utama dalam Napoli merintis gelaran Scudetto musim ini.

Skuad kendalian Luciano Spalletti itu mendahului 15 mata di puncak Serie A selepas 25 perlawanan, dan tiada pemain yang boleh bermegah lebih daripada sembilan bantuan gol daripada Kvaratskhelia musim ini.

Pemain berusia 22 tahun itu yang telah dikaitkan dengan beberapa kelab elit Eropah turut melakar 10 jaringan liga.

Justeru, penyerang Napoli itu menjangkakan prestasi Kvaratskhelia akan terus memuncak.

Penyerang Nigeria itu yang bercakap selepas memenangi Anugerah Pemain Asing Terbaik di Itali oleh Persatuan Akhbar berkata: "Dia seorang pemain yang hebat, saya cukup memahaminya.


A post shared by Khvicha Kvaratskhelia (@kvara7)



“Semua orang di bilik persalinan menyayanginya, bukan sahaja atas apa yang dilakukannya di atas padang malah di luar padang.

"Saya percaya dia berupaya memenangi Ballon d'Or dalam masa beberapa tahun akan datang.

"Saya juga berharap dia mampu membawa banyak kejayaan kepada Napoli."