Shaiful Shamsudin
Wed Nov 08 2023
Rudi Garcia menekankan kepentingan kelibat Giacomo Raspadori dalam barisannya ketika Napoli berusaha untuk mencerahkan peluang ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) di sebalik ketiadaan Victor Osimhen.
Juara bertahan Serie A itu bakal menerima kunjungan Union Berlin di Stadium Diego Armando Maradona awal pagi esok sambil mengetahui kemenangan akan membawa mereka ke ambang pusingan 16.
Osimhen -- yang merekodkan 26 gol Serie A musim lalu untuk memastikan Napoli merangkul kejuaraan domestik pertama mereka sejak 1990 -- sekali lagi tidak muncul akibat kecederaan yang dialaminya ketika tugasan antarabangsa bulan lalu.
Justeru, pengurus itu memberitahu pemberita bahawa Osmihen akan kembali dari negara asalnya, Nigeria, esok dan menjalani persediaan bersama Napoli ke Atalanta pada 25 November depan.
Malah, dia juga memberikan sokongannya kepada penyerang Itali, Raspadori yang telah menyumbangkan gol dalam tiga penampilan terakhirnya termasuk kemenangan ketika menewaskan Union 1-0 di Jerman, dua minggu lalu.
Garcia berkata: “Sejak saya tiba, kami telah mengharungi 14 perlawanan dan dia (Raspadori) sentiasa menjadi protagonis, baik ketika dimasukkan sebagai pemain gantian mahupun dalam barisan utama.
“Saya tahu kualiti yang dia ada, dia menjaringkan gol bahkan bantuan jaringan. Dia adalah pemain yang mampu turun bertahan, dia mampu beraksi di posisi yang berbeza.
“Adalah jelas bahawa sebagai pemain nombor sembilan atau sebagai pemain tengah menyerang, prestasinya boleh menjadi lebih baik tetapi saya mahu ulangi bahawa dia boleh beraksi sebagai pemain tengah dan sebagai pemain sayap.”
Napoli mengumpul enam mata daripada tiga perlawanan tetapi kalah di tempat sendiri kepada pendahulu kumpulan, Real Madrid.
Dua bekas bintang Manchester United bantu Napoli ke puncak Serie A
Selepas 19 perlawanan, akhirnya Napoli kembali menaiki takhta Serie A apabila berjaya menundukkan Fiorentina dengan tiga gol tanpa balas di Stadium Diego Armando Maradona
Napoli bidas prestasi babak kedua Napoli
Pengurus, Antonio Conte, kecewa dengan mutu persembahan Napoli walaupun mencetak kemenangan 2-1 ke atas Genoa sambil meluahkan langsung tidak menyukai satu pun perkara tentang persembahan mereka dalam separuh masa kedua.
Conte harap Ranieri berjaya bersama Roma
Antonio Conte berharap segala-galanya akan berjalan lancar untuk Claudio Ranieri selepas dia keluar daripada persaraan untuk mengendalikan Roma.
Napoli sasar kembali ke peringkat Eropah tapi Scudetto juga realistik, kata Conte selepas atasi Milan
Pengurus Napoli, Antonio Conte, menegaskan usaha untuk kembali ke peringkat Eropah akan tetap menjadi sasaran utama Napoli tetapi sukar untuk mereka mengabaikan peluang menjulang Scudetto musim ini, terutama selepas melebarkan pendahuluan di tangga teratas Serie A kepada tujuh mata dengan menewaskan AC Milan awal pagi tadi.
Sepakan Kvaratskhelia hadiahkan tiga mata penuh buat Napoli
Stadium Carlo Castellani menjadi saksi Napoli terus mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu liga selepas memastikan tiga mata penuh ke atas Empoli.
Serie A: Kecemerlangan Lukaku kekalkan Napoli di puncak
Romelu Lukaku meneruskan permulaan cemerlangnya di Napoli apabila pemain kebangsaan Belgium itu menghasilkan satu gol dan dua bantuan jaringan ketika meraih kemenangan 3-1 ke atas Como di Stadio Diego Armando Maradona awal pagi tadi.
Serie A: Napoli rampas kedudukan takhta liga dari Inter Milan
Napoli kini dibezakan dengan satu mata dengan pencabar terdekatnya Inter Milan yang kini mengumpul 8 mata selepas mencatatkan keputusan seri satu sama ketika berdepan dengan Monza
Serie A: Dia layak terima pujian -- Antonio Conte terhadap Romelu Lukaku
Ketua jurulatih Napoli, Antonio Conte, memuji persembahan bekas pemain Manchester United, Romelu Lukaku, selepas menjaringkan gol dan membuat dua bantuan jaringan sekali gus membantu skuadnya meraih kemenangan 4-0 menewaskan Cagliari, awal pagi tadi.
Serie A: Lukaku lengkapkan perpindahan ke Napoli
Romelu Lukaku menamatkan tempoh kedua bersama Chelsea dengan perpindahan menyertai Napoli, perkara itu telah disahkan semalam.
Ilkay Gundogan: Pertukaran pimpinan Napoli tambah kesukaran buat Barcelona
Ilkay Gundogan percaya Barcelona menghadapi ujian 'lebih sukar' menentang Napoli berikutan pertukaran pengurus kelab Itali itu.
Ancelotti's Supercopa frustrations linger ahead of Copa del Rey clash
Ancelotti's frustration lingers
Fernandes lauds Zirkzee's redemption arc following FA Cup heroics
Preview: Man Utd v Southampton
Australian Open: Zverev cruises into third round as Paul beats Nishikori
Zverev cruises into third round
Dyche backs Moyes to push Everton forward in second Goodison spell
Dyche: Moyes will push Everton
Borthwick: George disappointed to lose captaincy to Itoje for Six Nations
Itoje replaces George as captain
Australian Open: Ruud's major wait continues after Mensik defeat
Mensik beats Ruud in Melbourne
Daigneault lauds Wallace progress after returning to form in Sixers win
Daigneault lauds Wallace response
Klopp: I'll throw a party if Man City lose their Premier League titles
Klopp: Party if City lose titles
Australian Open: Gauff battles past Burrage
Gauff overcomes Burrage test
Australian Open: Osaka relishing 'Titan' encounters in Melbourne
Osaka relishing 'Titan' clashes