Selepas menurunkan keseluruhan pemain muda dalam perlawanan minggu lalu, Kedah Darul Aman, kembali diperkuat oleh pemain utama dalam misi mencari kemenangan keempat saingan Liga Super Malaysia berdepan Sri Pahang di Stadium Darul Aman, sebentar nanti.

Kehilangan Kalamullah Al-Hafiz akan diisi oleh Ifwat Akmal selaku penjaga gol utama malam ini di samping Rizal Ghazali, Irfan Zakaria dan Abdul Halim Saari kembali dibarisi oleh Sang Kenari demi mendapatkan tiga mata penuh.


Syafiq Ahmad dan Sony Norde akan menggalas tanggungjawab sebagai penggempur untuk merobek gawang pasukan lawan di hadapan penyokong sendiri.

Skuad kendalian Fandi Ahmad mempertaruhkan gandingan Sergio Aguero dan Kpah Sherman selain Manuel Hidalgo sebagai nadi utama pasukan Tok Gajah mencuri mati di Darul Aman.

Nor Azam Azih akan memimpin barisan tengah Sri Pahang demi memperoleh kemenangan selepas berjaya menang besar ke atas PDRM sebelum ini.