Itali mempertaruhkan barisan terbaik dalam pusingan 16 berdepan Switzerland dengan meletakkan penjaga gawang Paris Saint-Germain, Gianluigi Donnarumma di barisan pertahanan bersama Di Lorenzo, Alessandro Bastoni, Matteo Darmian dan Gianluca Mancini.

Manakala, Switzerland mengharapkan tonggak bintang Bundesliga, Yann Sommer, bersama tiga barisan pertahanan Manuel Akanji, Fabian Lukas Schär dan Ricardo Rodriguez.




Bahagian tengah Itali bakal memperlihatkan gandingan Nicolo Barella, Nicolò Fagioli dan Bryan Cristante berbanding gandingan tengah Switzerland yang mengharapkan gandingan Granit Xhaka dan Remo Freuler.




Switzerland akan mengharapkan gandingan Rubén Vargas dan Breel Embolo di jentera serangan berbanding Itali yang mempunyai Gianluca Scamacca dan penyerang lincah Federico Chiesa untuk merobek gawang pasukan lawan.