Perancis dan Belgium kebuntuan gol menjelang separuh masa aksi blokbuster pusingan 16 Euro 2024 di Dusseldorf ketika ini.

Kedua-dua pasukan gergasi Eropah itu mempamerkan aksi menarik sepanjang 45 minit tetapi penyudah yang dicari-cari tidak kunjung tiba.

Perancis lebih banyak menguasai permainan menuju ke waktu rehat dengan Aurelien Tchouameni memperoleh dua peluang terbaik menerusi percubaan jarak jauh pada minit ke-39 dan waktu kecederaan tetapi kedua-duanya melewati palang gol.