Peminat bola sepak tanah air dapat menyaksikan barisan bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada pembukaan butik jam ternama, HUBLOT di The Exchange TRX esok.

Beberapa pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan hadir untuk meraikan pembukaan Butik Hublot di The Exchange TRX Kuala Lumpur pada jam 1.30 petang.

Antara yang hadir dari JDT termasuk ketua jurulatih Hector Bidoglio, Arif Aiman Hanapi, Bergson Da Silva, Syihan Hazmi, Farizal Marlias, Juan Muniz, Matthew Davies dan La'Vere Corbin-Ong.

Hublot merupakan penjaga masa rasmi buat Harimau Selatan menerusi satu kerjasama sejak September 2019.