AL NASSR 6 AL WEDHA 0

Cristiano Ronaldo melakar hatrik ketika membantu Al Nassr membelasah Al Wedha 6-0 dalam pertemuan Liga Pro Saudi, awal pagi tadi.


Pemain veteran Portugal itu dua kali menemui penyudah dalam tempoh 12 minit pertama pertemuan di Al Awal Park tersebut sebelum melengkapkan hatriknya selepas rehat.

Sadio Mane menambah derita itu selepas bertukar hantaran dengan Ronaldo disusuli jaringan Otavio.

Mohammed Al Fatil menambah gol keenam pada lewat permainan untuk Al Nassr merekodkan kemenangan liga ketujuh berturut-turut sejak kekalahan menentang Al Raed, 7 Mac lalu, sekali gus meletakkan mereka kembali menghambat pendahulu, Al Hilal, dengan jurang sembilan mata.