Portugal melakar kemenangan kedua dalam saingan peringkat kumpulan Euro 2024 ke atas Turkiye 3-0 di Signal Iduna Park, awal pagi tadi.

Ini merupakan pertemuan keempat antara kedua-dua pasukan di pentas Kejohanan Eropah dan tiga kemenangan memihak Portugal dan mereka tidak pernah dibolosi dalam kesemua perlawanan tersebut.

Namun, tumpuan tetap terarah kepada pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, yang masih mencari rentak terbaik selepas mewakili pasukan kebangsaan Portugal dalam enam kejohanan Euro, menjadikannya pemain paling banyak membuat penampilan bersama Juara Euro 2016 itu.

Kehadirannya di dalam padang menunjukkan petanda pengaruhnya semakin berkurangan dengan kurang melakukan gerakan berbahaya ke arah pihak pasukan lawan.

Bekas pemain Manchester United itu masih belum menjaringkan gol selepas dua perlawanan beraksi sebagai ketua pasukan dalam kesebelasan utama skuad kendalian Roberto Martinez tersebut.