BELGIUM 0 SLOVAKIA 1

Skuad Belgium mempamerkan corak permainan kurang memberangsangkan apabila tunduk kepada pasukan lawan, Slovakia, dalam perlawanan kumpulan E Euro 2024 di Stadium Frankfurt, sebentar tadi.


Penyerang utama Slovakia, Ivan Schranz, menyudahkan peluang yang terhidang susulan kesilapan yang dilakukan pertahanan Belgium sebelum lontanan bola muntah disempurnakan pemain tersebut pada minit ketujuh permainan.

Peluang demi peluang gagal disempurnakan oleh ayam tambatan Belgium, Romelu Lukaku, dalam perhitungan ingin menyamakan kedudukan selepas kerap kali mensia-siakan kelebihan ketika melakukan serangan.

Pengadil perlawanan, Umut Meler, membatalkan dua jaringan bekas pemain Manchester United itu susulan perangkap ofsaid yang dilakukan oleh pertahanan Slovakia dan juga terkena tangan pemain sayap, Lois Openda.