SWITZERLAND 2-0 ITALI

Switzerland berjaya melangkah ke peringkat suku akhir EURO 2024 selepas menewaskan Itali 2-0 di Olympiastadion, Berlin sebentar tadi.

Skuad merah putih itu mendahului skuad Azzuri dalam separuh masa pertama selepas sepakan Remo Freuler menewaskan Gianluigi Donnarumma untuk membarikan kelebihan Switzerland hingga tamat separuh masa pertama.




Sebelum sempat Itali mengatur langkah, jaringan cantik bintang Augsburg, Ruben Vargas, menghukum Itali seawal satu minit selepas separuh masa kedua bermula untuk memberikan Switzerland kelebihan berganda 2-0 mengatasi Itali.

Switzerland hampir dihukum dengan jaringan sendiri apabila tandukan kebelakang Fabian Schar yang ingin mengeluarkan bola dari kotak penalti sendiri terkena palang.

Kerja keras anak buah Luciano Spalletti untuk memecahkan kebuntuan dalam separuh masa kedua tidak memberikan hasil untuk merobek gawang Switzerland sekali gus menyaksikan mereka tersingkir dari saingan EURO 2024.

Pujian sepenuhnya harus diberikan kepada Manuel Akanji yang mengawal berdisiplin dalam mengawal barisan pertahanan Switzerland serta menyukarkan jentera serangan Itali untuk menjaringkan gol.




England ataupun Slovakia menanti Switzerland di pusingan suku akhir EURO 2024 yang akan beraksi awal pagi Isnin.