Bekas pemain Manchester United, Karel Poborsky, beranggapan Cristiano Ronaldo merupakan pemain Portugal paling lemah dalam saingan EURO 2024 kali ini.

Pemain kebangsaan Czechia itu berharap agar bekas bintang Real Madrid itu berada dalam kesebelasan utama ketika bertemu kelabnya sebelum ini kerana akan memberikan kelebihan buat negaranya meraih kemenangan.




Begitupun, Portugal berjaya melakar kemenangan 2-1 yang penuh dramatik hasil jaringan Robin Hranac pada separuh masa kedua dan Francisco Conceicao pada masa kecederaan ke-92 untuk mengumpul tiga mata bersih menewaskan Czechia dalam perlawanan pertama Kumpulan F,

"Cristiano Ronaldo adalah seorang pemain yang lemah dalam skuad Portugal. Dengan usia yang semakin meningkat dia tidak lagi kuat seperti masa mudanya.

"Saya ingin dia dalam kesebelasan utama, itu mampu membantu kami." katanya.