Erik ten Hag terus mempertahankan kedudukan David De Gea yang kerap dibelenggu kesilapan kebelakangan ini dan secara tidak langsung melonggarkan cengkaman Manchester United untuk merebut slot terakhir Liga Juara-Juara (UCL).

Penjaga gol itu itu tidak menawarkan senario terbaik dalam tempoh rundingan kontrak barunya di Old Trafford apabila gagal menangkap kemas rembatan Said Benrahma dari jarak 20 ela untuk United kecundang 0-1 di West Ham, malam tadi.

Mereka -- yang berkelebihan satu perlawanan di dalam tangan -- kini hanya dipisahkan satu mata di depan Liverpool yang kembali dalam rentak kemenangan selepas tumpas kali kelapan di tempat lawan musim ini termasuk kekalahan kedua dalam tempoh empat hari ketika tumbang di Brighton.

“Mengecewakan? Ya, saya pernah melihat persembahan yang sama.







"Saya rasa kami bermula dengan baik, menentukan permainan, mencipta peluang, tidak memanfaatkan dan kemudian satu kesilapan terjadi,” kata pengurus itu.

“Dua kesilapan individu mendorong kekalahan kami. Tetapi itulah hakikatnya. Sekarang kami mempunyai rehat selama seminggu, kami perlu mengembalikan semula rentak, bersedia dan teruskan perjuangan.




“(De Gea) mempunyai rekod tanpa bolos terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), kami tidak akan berada di kedudukan ini tanpa dia.

"Tiada kegusaran. Perkara seperti ini boleh berlaku tetapi sebagai sebuah pasukan anda perlu menghadapinya, menunjukkan karakter dan daya tahan.

“Kami mahu dia kekal dan menyambung kontraknya.”