Bintang Manchester City, Erling Haaland, hanya satu gol sahaja lagi untuk mencapai 50 gol dalam Liga Perdana Inggeris dengan hanya bermain 47 perlawanan setakat ini.

Jika ingin dibandingkan dengan penyerang-penyerang legenda sebelum ini, ia ibarat langit dengan bumi apabila tiga teratas dalam senarai memerlukan jauh lebih banyak perlawanan untuk mencapai 50 jaringan.


Seperti di tempat pertama, Andrew Cole yang membawa Manchester United meraih treble bersejarah pada 1999 perlukan 65 perlawanan untuk mendapatkan 50 gol dalam liga.

Dua lagi legenda seperti Alan Shearer, yang memerlukan 66 perlawanan dan lagi satu legenda Man United, Ruud van Nistelrooy capai 50 jaringan dalam penampilan liga ke-68.

Yang pasti, Liverpool mungkin menjadi saksi rekod itu dipecahkan Haaland dalam pertemuan kedua-dua pasukan itu pada malam ini.